Tuesday, March 31, 2009

MARCH CLOSING

80-84-100 arr ? apa ni ? ni alamat condo summary aku utk rujukan aku masa hadapan... since aku ada floating lagi (+ve) kat audjpy (dari last week) ej chfjpy n gj... aku anggap ni last trade aku utk bulan ni....

semua tgh +ve turun naik n sl move +ve already... semua msk base on sunday bar n disebabkan weekly diorang seiring dgn position aku... aku try hold selagi mampu...

sama ada +ve SL or TP.... once semua clear kita jumpa trade baru... see u cappalz !!

Monday, March 30, 2009

GLAMOUR GILA MAMAT NI

DUNIA

Ketika krisis kewangan dunia berlaku - George Soros kaut keuntungan


GEORGE SOROS



JAMES H. SIMONS



JOHN A. PAULSON


SYDNEY - Seorang pengurus dana lindung nilai, George Soros yang meramalkan krisis kredit global merupakan antara ahli perniagaan yang mengaut keuntungan dalam krisis kewangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Soros menyatakan ramalannya berhubung kredit global itu menyebabkan dia mampu mengendalikan dana pelaburan miliknya, Quantun berdepan krisis kewangan.

Beberapa pelabur lain gagal untuk mengambil berat ramalannya dan keputusan Soros untuk keluar dari persaraan pada 2007 dan menguruskan dana menyebabkan dia memperoleh pendapatan AS$2.9 bilion (RM10.50 bilion).

Ketika krisis kewangan terus mencengkam dunia, Soros yang berumur 78 tahun masih mampu memperoleh AS$1.1 bilion (RM3.98 bilion) pada tahun lalu.

"Ia dalam satu arah, kemuncak dalam kehidupan kerja saya," katanya kepada akhbar The Australian.

Dia pernah dilabel penyangak mata wang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamd ketika krisis kewangan berlaku pada 1997-1998 di Asia.

Soros merupakan antara 25 pengurus dana lindung nilai di Wall Street yang berjaya mengharungi krisis kredit global.

Menurut majalah Institutional Investor's Alpha, pengurus-pengurus itu membuat keuntungan dengan melakukan dagangan melebihi risiko di pasaran.

Bekas profesor matematik, James H. Simons yang membuat keuntungan berbilion-bilion dalam dana lindung nilai Renaissance Technologies memperoleh AS$2.5 bilion (RM9.06 bilion).

Seorang pelabur, John A. Paulson yang memperoleh kekayaan dengan membuat spekulasi harga rumah berada di tempat kedua dengan pendapatan AS$2 bilion (RM7.25 bilion).

"Dalam satu tahun, ketika semua pelaburan kehilangan wang, kami adalah seperti oasis," kata Paulson.

Paulson menyatakan bayaran tinggi yang diperolehnya adalah kerana dia merupakan pelabur terbesar dalam dananya.

Menurutnya, dia juga tidak menerima bonus. - Agensi

RUJUKAN : http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm


Friday, March 27, 2009

LUCKY OR ANALYSIS ?


lucky atau analisis... ? itu yg bermain dalam kepala aku skrg selepas dua hari dalam kepeningan melihat floating -VE

dua pair ni aku main daily pin bar breakout.... ej kena sl n re-enter atas dasar anti-hedge sistem yg mana aku jarang2 gunakan....aj pulak memang dok floating n sekarang ni baru nak try2 kat point yg aku amik...

problem aku (lost rabu) sepatutnya dah selesai dgn small profit sekiranya aku ikut plan asal... tapi first partial aku amik masa BE (EJ) n first tp aku partialkan lagi position aku yg menjadikan skrg ni terlalulah kecil lotnya yg sedang mengejar tp2....

anyway aku tetap bersyukur apa yg aku dpt ari ni... it better BE daripada lost.... learn something !!

Thursday, March 26, 2009

BREAKOUT 25/03/09

Kelongkang kita yop.... overal rugi hari nie.... almost 60% profit last week bg balik ahaks... ada 2 floating lagi kat ej ngn audjpy.... last 2 trade utk this week.... kalau kena sl aku dapat capital aku last week balik... kalau kena tp aku dapat some increament utk this week... im done for this weeks.... see u cappalz next sunday bar on monday...

Wednesday, March 25, 2009

BREAKOUT 25/03/09

ermm ari ni layan breakout ngn daily IB... agak banyak sebenarnya 7 pair ni... tgk jer la nanti mlm ni or ptg ni apa jadi... kelongkang ker apa ker... hihihih